Maka bermulalah kisah baru perniagaan saya pada 2019, selepas gagal dan terpaksa menutup salah sebuah PLT saya pada 2016. Jadi, disebabkan pengalaman saya sendiri membuka Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), saya ingin berkongsi kenapa dan bagaimana saya membuka dan mendaftar PLT tersebut bersama dengan seorang rakan perniagaan saya.
Sebelum saya mula, saya yakin ramai yang tertarik untuk memilih entiti Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) berbanding Sendirian Berhad (Sdn Bhd) kerana ianya lebih menjimatkan kerana anda tidak perlu mengupah setiausaha syarikat dan tidak perlu membuat audit, tetapi masih mempunyai kelebihan yang hampir sama dengan sebuah Sdn Bhd.
Bagi mereka yang tidak tahu apa itu PLT, Perkongsian Liabiliti Terhad atau dalam Bahasa Inggeris, Limited Liability Partnership (LLP), adalah satu entiti perniagaan baru yang menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat dan perkongsian konvensional. Jika anda ingin tahu dengan lebih lanjut kelebihan dan kenapa saya membuka PLT, berbanding Sdn. Bhd, anda boleh membacanya di pautan ini.
Untuk makluman, pendaftaran PLT juga boleh dilakukan sendiri tanpa perlu mendapatkan bantuan pihak lain dan anda boleh mendapatkan penjimatan sehingga RM1,600 kalau anda lakukannya secara sendiri, atau DIY “Do-it-Yourself”. Bagi kebanyakan perniagaan baru ataupun “startup”, RM1,600 ni masih lagi cukup besar nilainya untuk dijimatkan.
Pendaftaran PLT boleh dilakukan secara atas talian dan dari rumah sepenuhnya. Anda juga boleh hadirkan diri ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terdekat. Mereka akan bantu anda untuk menggunakan sistem yang sama di komputer yang disediakan bagi proses pendaftaran. Namun dengan itu, di pejabat SSM, anda perlu menunggu nombor giliran untuk menggunakan komputer dan agak tidak selesa untuk membuatnya dalam kesesakan orang ramai. Sebaiknya, anda lakukannya di rumah ataupun di pejabat anda sendiri.
Walaupun pendaftaran PLT boleh dilakukan sepenuhnya secara atas talian, anda masih perlu menghadirkan diri ke pejabat SSM yang terdekat untuk proses pengesahan akaun anda sebelum anda boleh mendaftar PLT tersebut. Saya akan terangkan dengan ringkas langkah dan proses pendaftaran PLT seperti di bawah:
Nampak seperti senang, tetapi ada beberapa perkara-perkara penting lain yang perlu anda lakukan dengan betul. Penulisan ini bertujuan untuk memberi anda idea proses-proses penting sebelum anda boleh melengkapkan pendaftaran PLT sama ada di pejabat SSM atau melalui komputer peribadi anda sendiri.
Untuk melakukan proses pendaftaran PLT dengan sendiri, kosnya adalah sekitar RM500 (Yuran Pendaftaran LLP di SSM) sehingga RM600. Jadi, saya agak terkejut bila mana ada agensi atau setiausaha syarikat yang mengenakan cas sehingga RM2,000 ke RM2,500 untuk membuat proses ini.
Dengan kos sebanyak RM2,500, saya percaya ramai yang sanggup melakukannya sendiri.
Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk mengembangkan perniagaan anda, bagi membuka atau mendaftar PLT, anda ada dua pilihan, sama ada anda boleh:
Dalam ebook ini, saya telah membukukan dan menyenaraikan segala langkah penting yang perlu anda ambil supaya anda boleh membuat dengan sendiri pendaftaran dan pembukaan PLT anda. Berikut apa yang anda bakal pelajari melalui ebook DIY “Do-it-Yourself” Panduan dan Langkah Buka PLT Tanpa Agen:
Ada langkah "step by step" secara terperinci bagi setiap proses dan tindakan yang perlu diambil.
Daripada anda membazirkan beribu-ribu ringgit, anda boleh sendiri lakukan proses ini. Jadilah pengguna dan pengusaha perniagaan yang bijak.
Percaya atau tidak, saya hampir ambil masa satu bulan untuk dapatkan semua maklumat. Jangan lakukan kesilapan seperti saya.
Untuk mendapatkan semua maklumat, saya telah membuat berbelas panggilan, ke sana dan ke sini (SSM dan LHDN). Jadi, jangan bazirkan tenaga anda seperti saya yang terdahulu
Pada asalnya saya tak mahu dapatkan Ebook ini dan akhirnya saya buang masa mencari maklumat. Selepas menggunakan Ebook ini, saya berjaya mendaftarkan PLT saya dengan mudah, jimat masa dan wang.
Jamil bin Muhammad
Kuala Terengganu, Terengganu
Saya follow step by step apa yang ditulis dalam Ebook ini dan say dapat siapkan proses pendaftaran LLP saya dalam masa yang singkat. Saya memang recommend bagi mereka yang ingin buka LLP.
Linda Wong
Rawang, Selangor
Nasib baiklah saya dapat ebook ini daripada adik saya. Dari Entreprise, sekarang PLT, perniagaan saya semakin berkembang. Tindakan terbaik untuk perniagaan saya.
Viknesvaran Selvarajan
Johor Bahru, Johor
#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.
Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.
auroraprimaplt@gmail.com
Diuruskan oleh Aurora Prima PLT
© 2024 Dibina oleh Easyleads.my
_
This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.