Saya telah memulakan semula perniagaan saya pada 2019, selepas gagal dan terpaksa menutup salah sebuah PLT saya pada 2016. Jadi, disebabkan pengalaman saya sendiri membuka Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), saya ingin berkongsi bagaimana saya menyediakan Perakaunan Tahunan saya selepas mendapat emel daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2019.
Tahun 2020 merupakan salah satu tahun yang mana saya sedar bahawa kegagalan untuk mengurus PLT dengan betul boleh menjejaskan kewangan dan juga kestabilan sesebuah perniagaan.
Sememangnya tidak mudah untuk mengurus sesebuah entiti perniagaan. Jadi, saya telah mengambil mudah dan tidak mengurusnya dengan betul. Selepas tiga tahun tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan dan tidak menghantar sebarang laporan kewangan, saya telah mendapat emel rasmi (kompaun dan penalti) daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM telah menghantar notis pembayaran sebanyak RM15,000.
Pada masa tersebut, saya tidak mempunyai sebarang ilmu berkenaan dengan cara untuk menyediakan laporan kewangan dan perakaunan tahunan, membuka sebuah PLT tanpa sebarang aktiviti komersial. Selepas mendapat notis tersebut, saya panik kerana membayangkan RM15,000 yang perlu dibayar kerana kecuaian dan ketidakseriusan saya dalam hal-hal pengurusan perniagaan.
Ini nasihat saya untuk anda yang membaca : Jangan sewenang-wenang buka syarikat atau entiti perniagaan jika anda tiada perancangan ataupun objektif jelas. Sekadar peringatan, anda tidak membuka ‘”Enterprise (lesen berniaga)”, tetapi membuka Perkongsian Liabiti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP) ataupun syarikat (Sendirian Berhad / Berhad). Ianya melibatkan komitmen dan bukanlah perkara yang kita boleh pandang ringan.
Akibat kecuaian saya dalam perniagaan yang lalu, saya telah memasuki ke dalam mod panik dan resah memikirkan bayaran RM15,000 yang perlu saya bayar sekiranya gagal untuk menyerahsimpan Perakaunan Tahunan PLT saya bagi tahun-tahun terdahulu.
Saya telah menghabiskan masa dan tenaga pada awalnya kerana memikirkan tidak mahu untuk mengeluarkan wang untuk penyediaan dokumen tersebut. Namun saya silap, kerana dokumen yang telah saya sediakan tidak menepati apa yang telah diminta oleh pihak SSM.
Apabila kita menjalankan perniagaan, kita memerlukan sistem yang teratur untuk mengesan semua pertukaran, urus niaga, dan perbelanjaan dalam perniagaan. Perakaunan dan penyimpanan buku kira-kira telah wujud sejak sekian lama sejak manusia memulakan aktiviti dalam perdagangan dan perniagaan.
Dengan terdaftarnya PLT anda, anda mempunyai obligasi berterusan PLT termasuk pendaftaran bagi perubahan, penyimpanan rekod akaun, pengisytiharan tahunan kepada SSM dan perkara pematuhan berkanun lain.
Penyimpanan Rekod Perakaunan
Dokumen Penyimpanan Rekod Perakaunan
Sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan bagi tujuan perakaunan tahunan PLT anda:
Tempoh Pengisytiharaan Tahunan PLT
Sebagai sebuah PLT, anda perlu memastikan laporan dibuat kepada SSM secara tahunan dalam tempoh sembilan puluh hari (90) dari hujung tahun kewangan PLT. Berikut adalah perkara-perkara penting yang anda perlu lakukan dalam proses ini:
Lanjutan Penghantaran Pengisytiharan Tahunan kepada SSM
Sekiranya anda tidak dapat menyediakan Pengisytiharaan Tahunan PLT anda dalam masa yang telah ditetapkan, permohonan tempoh lanjutan perlu dibuat selepas tamat tahun kewangan dan sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari selepas tarikh penghantaran pengiytiharan tahunan dengan bayaran yuran.
Alasan yang boleh dipertimbangkan oleh Pendaftar bagi memberi lanjutan adalah seperti berikut:
Membaca semua yang telah dikongsi di atas mungkin sudah mula memeningkan anda. Sebetulnya, saya seperti anda pada asalanya kerana saya tidak mengambil kira kepentingan perakaunan dalam aktiviti perniagaan saya sebelum ini. Untuk melakukan perakaunan PLT anda, agensi atau syarikat setiausaha ada mengenakan cas sehingga RM1,500 ke RM2,000 untuk membuat proses ini.
Anda ada dua pilihan, sama ada anda boleh:
Dalam ebook ini, saya telah membukukan dan menyenaraikan langkah penting yang perlu anda ambil supaya anda boleh membuat dengan sendiri perakaunan dan pengisytiharan tahunan PLT anda. Berikut apa yang anda bakal dapat dalam ebook DIY “Do-it-Yourself” Panduan dan Langkah Perakaunan Tahunan PLT Tanpa Agen:
Ada langkah "step by step" secara terperinci bagi setiap proses dan tindakan yang perlu diambil
Daripada anda membazirkan beribu-ribu ringgit, anda boleh sendiri lakukan proses ini. Jadilah pengguna dan pengusaha perniagaan yang bijak.
Percaya atau tidak, saya hampir ambil masa dua bulan untuk dapatkan semua maklumat. Jangan lakukan kesilapan seperti saya
Untuk mendapatkan semua maklumat, saya telah membuat berbelas panggilan, ke sana dan ke sini (SSM dan LHDN). Jadi, jangan bazirkan tenaga anda seperti saya yang terdahulu
Saya dahulu kabur cara nak buat akaun PLT. Saya juga tak pasti cara untuk hantar maklumat dekat SSM. Alhamdulillah, sekarang saya boleh buat sendiri dan tak perlu kelaurkan lagi beribu-ribu ringgit.
Huzaifah bin Jazlan
Kuantan, Pahang
Straight Forward! Saya hanya perlu follow step-by-step ebook ini sahaja. Sekarang saya lebih yakin dengan perniagaan saya.
Jenice Poh
Georgetown, Pulau Pinang
Ikut sahaja langkah-langkah yang disediakan. Saya dah boleh akaun PLT saya dengan sendiri. Tak perlu cari ejen lagi.
Vicknesh Kumar
Kajang, Selangor
#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.
Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.
auroraprimaplt@gmail.com
Diuruskan oleh Aurora Prima PLT
© 2024 Dibina oleh Easyleads.my
_
This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.