Bagaimana Untuk Mendaftar Nombor Cukai Pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?​

Takut Dikenakan Penalti RM20,000, Saya Cepat-Cepat Daftar Nombor Cukai Pendaftaran PLT Saya

Saya telah menjalankan perniagaan dengan PLT saya ini sejak tahun 2019, dan sejak daripada itu saya tidak pernah mengisytiharkan atau declare sebarang cukai. Pada tahun 2022, saya dimaklumkan bahawa salah seorang rakan saya telah menerima notis kompaun atas kelalaian beliau untuk tidak membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi perniagaan yang dijalankan melalui PLT beliau.

Dari 2019 ke 2021, saya tidak didedahkan berkenaan dengan perkara ini. Setahu saya, kita hanya perlu sediakan perakaunan tahunan dan menghantarnya kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setiap tahun bersama yuran tahunan sebanyak RM200.

Hal ini menyebabkan saya keliru pada asalnya. Saya dimaklumkan bahawa saya tidak perlu membuat sebarang pengisytiharan cukai dan hanya memberi fokus kepada perakaunan tahunan dan annual declaration. Namun ternyata, saya telah tersalah faham, dan kerana takut dikenakan penalti sehingga RM20,000, saya cepat-cepat mendaftar nombor cukai pendapatan bagi PLT saya.

Risiko dikenakan kompaun dan penalti sebanyak RM20, 000 oleh LHDN

Sebelum saya mula berkongsi cara untuk mendaftar, adalah baiknya kalau kita ada pengetahuan ringkas berkenaan dengan perihal cukai LHDN bagi PLT. Bagi PLT, ia dikenakan cukai yang sama seperti Syarikat di mana pendapatan yang dikenakan cukai pada peringkat PLT adalah pada kadar cukai 24% secara amnya. 

Bagaimanapun, PLT dengan sumbangan modal sebanyak RM2.5 juta atau kurang akan menikmati kadar cukai keutamaan 19% pada RM 500,000 yang pertama daripada pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Keuntungan yang dibayar, dikreditkan atau diagihkan kepada rakan kongsi di LLP dikecualikan daripada cukai.

Penyediaan Penyata Kewangan bagi Tujuan Cukai Pendapatan

PLT tidak dikehendaki menyediakan penyata kewangan yang diaudit oleh seorang juruaudit tetapi perlu menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain dengan teratur dan mencukupi untuk menunjukkan kedudukan kewangan sebenar.

Bagi tujuan cukai pendapatan, PLT diperlukan menyediakan rekod perakaunan lengkap yang mengandungi akaun keuntungan dan kerugian, kunci kira-kira dan nota penjelasan kepada akaun. Bagaimanapun, jika rekod perakaunan tidak disediakan mengikut format perakaunan biasa, PLT hendaklah menyimpan rekod berikut:

  1. Maklumat pendapatan
  2. Maklumat perbelanjaan
  3. Senarai penghutang dan pemiutang/liabiliti
  4. Senarai semua aset (semasa dan tetap)
  5. Peratusan sumbangan modal oleh setiap rakan kongsi
  6. Nota penerangan bagi item (i) hingga (v)
  7. Dokumen sokongan lain untuk membuktikan transaksi perniagaan.

Pendaftaran Nombor Cukai Pendaftaran PLT dari rumah

Pendaftaran nombor cukai pendapatan PLT boleh dilakukan secara atas talian dan dari rumah sepenuhnya. Anda juga boleh boleh hadirkan diri ke pejabat LHDN yang terdekat. Mereka akan bantu anda untuk gunakan sistem yang sama di komputer yang disediakan bagi proses pendaftaran. Namun dengan itu, di pejabat LDHN, anda perlu menunggu nombor giliran untuk menggunakan komputer dan agak tidak selesa untuk membuatnya dalam kesesakan orang ramai. Sebaiknya, anda lakukannya di rumah ataupun di pejabat anda sendiri.

Saya akan terangkan dengan ringkas langkah proses pendaftaran nombor cukai pendapatan PLT seperti di bawah:

  1. Sediakan dokumen-dokumen seperti Salinan Notis Pendaftaran PLT/Penukaran kepada PLT, Salinan Profil Terkini PLT dan Senarai Rakan Kongsi (perlu dibeli daripada SSM)
  2. Pergi ke portal mytax.hasil.gov.my dan pilih pendaftaran nombor cukai
  3. Pertama sekali, anda perlu mengisi maklumat asas PLT anda
  4. Kemudian, anda perlu melengkapkan maklumat berkenaan kesemua ahli kongsi dalam PLT anda
  5. Seterusnya, anda perlu mengisi maklumat pegawai pematuhan yang telah dilantik untuk PLT anda
  6. Daftar fail majikan bagi PLT dan muat naik segala dokumen yang diperlukan oleh pihak LHDN

Nampak seperti senang, tetapi anda perlu mengisinya dengan teliti dan terdapat beberapa perkara-perkara penting lain yang perlu anda lakukan dengan betul. Penulisan ini bertujuan untuk memberi anda idea proses-proses penting sebelum anda boleh melengkapkan pendaftaran nombor cukai PLT samada di pejabat LHDN atau kalau melalui komputer peribadi anda sendiri.

 

  • Uncategorized

Kos untuk Daftar Nombor Cukai PLT oleh Ejen Cukai

Untuk melakukan proses pendaftaran nombor percukaian PLT dengan sendiri, kosnya adalah dibawah RM100 (kos pembelian dokumen-dokuman daripada SSM). Jadi saya agak terkejut bila mana ada ejen cukai ataupun syarikat setiausaha yang mengenakan cas sehingga RM1,300 untuk membuat proses ini.

Daftar Sendiri Nombor Cukai Pendapatan PLT untuk Lebih Jimat

Berkenaan dengan perkara ini, anda mempunyai dua pilihan, sama ada anda boleh:

  • mendapatkan khidmat ejen cukai mahupun setiausaha syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu. Cara ini lebih mudah dan pantas tanpa perlu memeningkan kepala. Bayar pada mereka, dan mereka uruskan semua proses pendaftaran nombor cukai pendapatan PLT anda. Cara ini sesuai sekiranya anda mempunyai modal perniagaan yang besar, ataupun
  • membuat dengan sendiri atau “Do-it-Yourself” secara “step by step” menggunakan ebook yang saya telah sediakan di bawah

Dalam ebook ini, saya telah membukukan dan menyenaraikan langkah penting yang perlu anda ambil supaya anda boleh membuat dengan sendiri pendaftaran nombor cukai pendapatan PLT anda. Berikut apa yang anda bakal pelajari dalam ebook DIY “Do-it-Yourself” Panduan dan Langkah LHDN PLT Tanpa Agen:

  1. Senarai dokumen dan tindakan yang diperlukan
  2. Langkah-langkah (step by step) secara terperinci penyediaan dan pembelian dokumen-dokumen yang diperlukan oleh LHDN
  3. Langkah-langkah (step by step) secara terperinci cara pengisian borang pendaftaran nombor cukai pendapatan LHDN bagi PLT anda
  4. Nombor telefon dan email penting bagi proses komunikasi dengan pihak LHDN
  5. Lain-lain tips dan nasihat penting dalam proses ini
  • Uncategorized
Empat (4) kelebihan Ebook ini adalah seperti berikut:

Saya telah berulang alik dari pejabat ke LHDN untuk mendapatkan maklumat. Saya telah membuang banyak masa. Selepas membaca Ebook ini, semuanya jelas dan saya akhirnya berjaya mendaftarkan nombor cukai PLT saya.

Shahreza bin Shahrir

Kuala Lumpur

Sebelum ini saya telah membayar beribu-ribu ringgit untuk PLT pertama saya dengan bantuan ejen cukai. Sekarang, saya boleh buat dengan sendiri dengan Ebook ini dan jimat beribu-ribu ringgit.

Han Ben Teh

Petaling Jaya, Selangor

Saya menggunakan Ebook MudahPLT untuk buka PLT saya. Saya guna Ebook ini pula untuk daftar nombor cukai PLT saya. Mudah dengan penjelasan yang jelas.

Viknesvaran Selvarajan

Johor Bahru, Johor

Ada sebarang soalan?

Klik butang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.

Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.

Produk & Perkhidmatan

auroraprimaplt@gmail.com

Diuruskan oleh Aurora Prima PLT

© 2024 Dibina oleh Easyleads.my

_

Ikuti MudahPLT.com

This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.

Accept
Decline