Apakah itu Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)?
PLT merupakan bentuk perniagaan alternatif yang menawarkan ciri-ciri hibrid di antara perkongsian konvensional dan syarikat. Antara ciri-ciri istimewa PLT adalah ianya sama seperti perkongsian konvensional dari segi fleksibiliti dalam pentadbirannya dan sama seperti syarikat dari segi liabiliti terhad ke atas rakan kongsinya.
Apakah status perundangan PLT?
Dari segi perundangan, PLT merupakan sebuah pertubuhan perbadanan. PLT adalah entiti yang berasingan dengan status undang-undang badan korporat.
Kenapa PLT diperkenalkan di Malaysia?
PLT diperkenalkan di Malaysia kerana :
Apakah jenis organisasi yang mungkin menjadi pengguna atau benefisiari PLT?
Terdapat beberapa jenis organisasi yang mungkin menjadi pengguna atau benefisiari PLT, antaranya adalah :
Bolehkah badan-badan kebajikan berdaftar sebagai PLT?
Tidak. PLT adalah untuk menjalankan perniagaan dengan tujuan untuk mendapat keuntungan sahaja.
Bolehkah PLT asing menjalankan perniagaan di Malaysia?
PLT asing boleh menjalankan perniagaan di Malaysia dengan mendaftar di SSM dan mengemukakan dokumen berikut :
Bolehkah sebuah PLT memiliki aset/harta di bawah nama PLT seperti sebuah syarikat?
Boleh. PLT sebagai satu entiti undang-undang yang berasingan boleh memiliki aset / harta sama seperti sebuah syarikat.
Walau bagaimanapun, pada masa ini PLT masih tidak boleh memohon untuk mendaftarkan tanah / harta kepada Jabatan Tanah kerana Jabatan Tanah sedang dalam proses memuktamadkan prosedur dan syarat-syarat berhubung permohonan untuk mendaftarkan tanah / harta oleh PLT.
Apakah perbezaan antara PLT dan perkongsian biasa?
PLT menawarkan liabiliti terhad kepada rakan kongsinya di mana apa-apa hutang dan obligasi PLT akan ditanggung sepenuhnya oleh aset-aset PLT.
Dalam kes perkongsian konvensional pula, rakan kongsi mempunyai liabiliti secara bersesama dan berasingan (jointly and severally liable) dengan firma perkongsian itu.
Apakah perbezaan antara PLT dan syarikat?
Terdapat banyak perbezaan yang jelas antara PLT dan syarikat. Antara lain, perbezaannya adalah :
Kenapa seseorang itu patut memilih untuk mendaftar sebagai PLT dan bukan mendaftar sebagai perniagaan atau memperbadankan syarikat?
PLT memberikan fleksibiliti dari segi pengurusan dalaman sesebuah organisasi yang tertakluk kepada perjanjian di antara rakan kongsi manakala syarikat tertakluk kepada keperluan pematuhan yang lebih ketat yang terkandung di dalam Akta Syarikat 1965.
Adakah terdapat apa-apa sekatan berhubung jenis syarikat/perniagaan yang boleh menggunakan PLT sebagai bentuk perniagaan?
Tidak. PLT boleh digunakan untuk semua jenis perniagaan yang sah di sisi undang-undang dengan tujuan untuk mendapat keuntungan.
Adakah PLT perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan?
PLT tidak perlu mengadakan mesyuarat agung tahunan.
Bagaimana untuk mendaftar PLT?
PLT boleh didaftarkan melalui permohonan yang dibuat kepada Pendaftar PLT dengan mengemukakan maklumat berikut kepada SSM :
Suatu PLT dikehendaki didaftarkan oleh Pegawai Pematuhan PLT bagi pihak pekongsi dan Pegawai Pematuhan boleh berbuat demikian dengan melanggan system MyLLP.
Bolehkah pendaftaran PLT ditolak atau tidak diterima? Jika ya atas alasan apa?
Pendaftaran LLP boleh ditolak sekiranya Pendaftar berpuas hati bahawa :
Berapa lamakah SSM mengambil masa untuk memproses permohonan pendaftaran?
Suatu notis pendaftaran akan dikeluarkan serta-merta selepas penyerahan permohonan melalui sistem MyLLP dengan syarat semua keperluan pendaftaran dipenuhi.
Adakah terdapat had bilangan rakan kongsi sesebuah PLT?
PLT perlu mempunyai sekurang-kurangnya minimum 2 rakan kongsi dan tiada had maksimum untuk bilangan rakan kongsi.
Siapa boleh menjadi rakan kongsi dalam PLT?
Individu (orang perseorangan) atau pertubuhan perbadanan sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada PLT.
Perlukah ada perjanjian perkongsian?
Ya. Walau bagaimanapun, sekiranya tiada perjanjian mengenai apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Jadual Kedua Akta PLT 2012, peruntukan di Jadual Kedua berhubung perkara itu akan terpakai secara automatik.
Adakah perlu untuk setiap rakan kongsi itu merupakan “pemastautin” di Malaysia?
Tiada keperluan untuk rakan kongsi menjadi pemastautin di Malaysia tetapi terdapat keperluan agar pegawai pematuhan merupakan warganegara atau pemastautin di Malaysia.
Adakah rakan kongsi PLT akan bertanggungjawab secara peribadi untuk hutang yang ditanggung oleh PLT?
Tidak. PLT yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hutang dan obligasinya. Walau bagaimanapun, rakan kongsi akan bertanggungjawab secara bersesama dan berasingan bagi perbuatan sendiri yang salah atau peninggalan dalam menjalankan perniagaan PLT.
Walau bagaimanapun, PLT tidak terikat dengan apa yang dilakukan oleh seorang rakan kongsi dalam berurusan dengan seseorang jika:
Jika PLT mempunyai dua rakan kongsi dan salah seorang daripada mereka berhenti daripada menjadi rakan kongsi atas apa-apa sebab, adakah rakan kongsi yang masih ada itu perlu melantik rakan kongsi lain? Adakah terdapat jangka masa untuk berbuat demikian?
Ya. Rakan kongsi yang masih ada itu perlu melantik seorang rakan kongsi lain dalam masa enam bulan atau tempoh yang lebih lama yang boleh ditentukan oleh Pendaftar atas permohonan rakan kongsi sedia ada dan tempoh lanjutan yang diberi tidak patut melebihi satu tahun.
Bolehkah rakan kongsi yang diisytiharkan bankrap terus menjadi pekongsi?
Rakan kongsi yang diisytiharkan bankrap boleh terus menjadi pekongsi. Walau bagaimanapun, dia adalah dilarang daripada mengambil bahagian dalam pengurusan PLT itu melainkan dia telah mendapat kebenaran daripada :
Apakah syarat-syarat bagi seseorang untuk dilantik sebagai pegawai pematuhan PLT?
Pegawai pematuhan perlu merupakan salah seorang daripada rakan kongsi atau seseorang yang layak untuk bertindak sebagai setiausaha di bawah Akta Syarikat 1965 yang merupakan :
Apakah tanggungjawab dan liabiliti pegawai pematuhan?
Tanggungjawab utama pegawai pematuhan adalah seperti :
Pegawai pematuhan adalah bertanggungjawab secara peribadi terhadap semua penalti termasuklah penalti pentadbiran yang dikenakan ke atas PLT melainkan jika dia dapat membuktikan bahawa dia tidak bertanggungjawab.
Bolehkah bilangan pegawai pematuhan lebih daripada seorang?
Ya, boleh.
Bolehkah bentuk perniagaan sedia ada seperti syarikat atau firma perkongsian bertukar menjadi PLT?
Ya, boleh. Dalam kes sebuah syarikat, hanya syarikat persendirian yang diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 dibenarkan. Dalam kes sebuah perkongsian, hanya firma yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 atau mana-mana firma yang menjalankan amalan profesional dibenarkan.
Bolehkah dua syarikat membentuk PLT?
Ya, boleh. Ini merupakan bentuk biasa usahasama.
Bagaimana untuk menukar syarikat persendirian kepada PLT?
Sebuah syarikat persendirian boleh memohon untuk bertukar kepada PLT dengan mengemukakan kepada Pendaftar satu kenyataan yang ditandatangani oleh semua pemegang saham yang mengandungi butir-butir berikut :
Bagaimana untuk menukar firma perkongsian konvensional kepada PLT?
Perkongsian konvensional boleh memohon untuk bertukar kepada PLT dengan mengemukakan kepada Pendaftar satu kenyataan yang telah ditandatangani oleh semua rakan kongsinya yang mengandungi butir-butir berikut :
Apakah kedudukan syarikat persendirian yang bertukar kepada PLT?
Kedudukan syarikat persendirian hendaklah disifatkan sebagai telah dibubarkan.
Bolehkah PLT ditukar semula kepada syarikat persendirian?
Tidak boleh. PLT perlu membuat penggulungan secara sukarela terlebih dahulu dan kemudiannya memperbadankan syarikat yang baru.
Adakah peruntukan perundangan yang sedia ada tidak adil kepada pemiutang kerana rakan kongsi sedia ada boleh mengelak liabiliti dengan bertukar sahaja kepada PLT?
Di bawah Akta PLT 2012, adalah diperuntukkan bahawa semua hak dan liabiliti akan dipindah kepada PLT selepas penukaran daripada sebuah syarikat persendirian atau perkongsian konvensional.
Bahkan rakan kongsi kepada perkongsian konvensional yang telah bertukar kepada PLT hendaklah terus bertanggungjawab secara peribadi, bersama dan berasingan dengan PLT untuk liabiliti dan obligasi yang ditanggung sebelum penukaran tersebut.
Di bawah peruntukan undang-undang, hak pemiutang juga dilindungi kerana persetujuan pemiutang adalah diperlukan sebelum sesuatu penukaran boleh dibuat.
Bolehkah pemilik tunggal bertukar kepada PLT?
Pemilik tunggal tidak boleh bertukar kepada PLT kerana ia hanya mempunyai 1 pemilik. Pemilik tunggal perlu mendapatkan sekurang-kurangnya satu lagi rakan kongsi sebelum dia boleh berdaftar sebagai PLT.
Adakah perlu untuk PLT yang telah ditukar untuk memberitahu penukaran tersebut kepada mana-mana pihak yang telah berurusan dengannya sebelum penukaran berlaku?
Perkongsian liabiliti terhad yang telah ditukar daripada perkongsian konvensional atau syarikat persendirian hendaklah memastikan bagi tempoh dua belas bulan bermula dari empat belas hari selepas tarikh pendaftaran penukaran, tiap-tiap invois atau surat-menyurat rasmi perkongsian liabiliti terhad itu terdapat padanya yang berikut :
Siapakah yang dianggap sebagai golongan profesional di bawah Akta PLT 2012?
Di bawah jadual pertama Akta PLT 2012 kumpulan berikut ditakrifkan sebagai profesional :
Bolehkah dua profesional yang berbeza (contohnya, seorang peguam dan akauntan) menjadi pekongsi satu LLP?
Tidak boleh. Sebuah LLP ditubuhkan bagi maksud menjalankan amalan profesional hendaklah terdiri daripada orang sebenar yang mengamalkan profesion yang sama sahaja.
Ini adalah untuk memastikan bahawa isu-isu integriti dan etika dapat diperhatikan.
Akta PLT 2012 menghendaki golongan profesional mendapatkan surat kelulusan badan pengawal masing-masing sebelum PLT dibentuk untuk amalan profesional. Adakah syarat ini terpakai untuk golongan professional asing yang berhasrat membentuk PLT di Malaysia?
Akta PLT 2012 tidak melarang golongan profesional asing menjalankan amalan profesional di Malaysia. Walau bagaimanapun, ini tertakluk kepada syarat dan kelulusan badan pengawal berkaitan menurut undang-undang yang mengawal golongan profesional tersebut di Malaysia.
Bagaimanakah PLT boleh dibubarkan?
PLT boleh dibubarkan melalui :
Dalam keadaan apakah sebuah PLT boleh digulungkan oleh Mahkamah?
PLT boleh digulungkan oleh mahkamah di bawah keadaan yang sama sesebuah Syarikat digulungkan oleh mahkamah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Syarikat 1965.
Akta PLT 2012 memperuntukkan bahawa peruntukan-peruntukan dalam Akta Syarikat 1965 berkaitan dengan penggulungan oleh Mahkamah akan terpakai kepada LLP.
Bagaimanakah sebuah PLT boleh dibubarkan secara penggulungan sukarela?
Jika sesuatu PLT telah berhenti beroperasi dan telah menunaikan semua hutang dan liabilitinya, seorang pekongsi PLT itu boleh memohon kepada Pendaftar untuk penggulungan PLT itu secara sukarela dengan syarat semua keperluan yang dikehendaki di bawah Akta PLT 2012 bagi permohonan penggulungan secara sukarela dipenuhi.
Dalam keadaan apakah PLT boleh dipotong daripada daftar?
PLT boleh dipotong daripada daftar sekiranya Pendaftar mempercayai dan mempunyai alasan-alasan yang wajar seperti berikut :
Adakah PLT perlu menguruskan rekod perakaunan?
Ya. Semua rekod perakaunan perlu disimpan untuk membolehkan akaun PLT disediakan yang memberikan pandangan sebenar dan adil (true and fair view) tentang kedudukan hal ehwal PLT. Rekod perakaunan hendaklah disimpan untuk tempoh selama 7 tahun.
Adakah penyediaan akaun bagi sesuatu LLP perlu mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan sama seperti syarat yang dikenakan ke atas syarikat-syarikat di bawah Akta Syarikat 1965?
Salah satu objektif utama untuk memperkenalkan bentuk perniagaan PLT adalah untuk memberikan fleksibiliti dalam urusan dalaman sesebuah perniagaan. Sama seperti perkongsian konvensional, peruntukan perundangan PLT tidak menetapkan keperluan penyediaan akaun PLT dibuat mengikut piawaian perakaunan yang diluluskan.
Walau bagaimanapun sebuah PLT perlu menyediakan dari semasa ke semasa rekod-rekod perakaunan yang akan memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai keadaan hal ehwal kewangan PLT.
Perlukah ada pengauditan perakaunan?
Tiada keperluan untuk pengauditan mandatori untuk PLT.
Perlukah PLT mengemukakan Penyata Tahunan?
Tidak. Bagaimanapun, PLT perlu mengemukakan Deklarasi Tahunan kepada Pendaftar dengan menyatakan sama ada PLT mampu membayar hutangnya atau sebaliknya.
Apakah itu portal MyLLP
Portal MyLLP adalah sebuah platfom yang diwujudkan oleh SSM bagi sebarang urusan PLT di Malaysia. Bermula 19 Ogos 2021, sistem MyLLP yang baharu boleh dicapai melalui capaian www.ssm4u.com.my
Adakah keperluan untuk membayar fi untuk melanggan sebagai pengguna sistem MyLLP?
Tiada.
Bagaimana pengguna MyLLP boleh membeli produk LLP seperti sijil pendaftaran, profil LLP dan penglibatan peribadi?
Pembekalan profil, sijil pendaftaran, salinan dokumen imej dan penglibatan peribadi bagi Perkongsian Liabiliti Terhad yang berdaftar dengan SSM boleh diperolehi daripada Portal XCESS dengan melayari https://ssm4u.com.my.
#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.
Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.
auroraprimaplt@gmail.com
Diuruskan oleh Aurora Prima PLT
© 2024 Dibina oleh Easyleads.my
_
This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.