Bagaimanakah Cara Untuk Menutup Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?

Tak Mahu Dikenakan Penalti RM15,000, Saya Terpaksa Tutup PLT Saya

Saya ingin berkongsi kenapa dan bagaimana saya tutup salah satu Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang saya telah saya daftar dalam tahun 2016. Pada tahun itu, saya telah membuka dan mendaftar semula PLT tersebut dengan seorang rakan kongsi perniagaan saya.

Saya telah mengambil tanggungjawab sebagai seorang pegawai pematuhan untuk PLT. Namun begitu, pada tahun 2019 dan 2021, saya telah membuka dua PLT, bagi perniagaan baru saya bersama rakan-rakan kongsi.

PLT Tidak Diuruskan Dengan Betul dan Terabai

Sememangnya tidak mudah untuk mengurus sesebuah entiti perniagaan. Jadi saya telah mengambil mudah dan tidak mengurusnya dengan betul. Selepas tiga tahun tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan dan tidak menghantar sebarang laporan kewangan, saya telah mendapat emel rasmi (kompaun dan penalti) daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM telah menghantar notis pembayaran sebanyak RM15,000.

Pada masa tersebut, saya tidak mempunyai sebarang ilmu berkenaan dengan cara untuk menyediakan laporan kewangan dan perakaunan tahunan, membuka sebuah PLT tanpa sebagai aktiviti komersial. Selepas mendapat notis tersebut, saya panik kerana membayangkan RM15,000 yang perlu dibayar kerana kecuaian dan ketidakseriusan saya dalam hal-hal pengurusan perniagaan.

Ini nasihat saya untuk anda yang membaca : Jangan sewenang-wenang buka syarikat atau entiti perniagaan jika anda tiada perancangan ataupun objektif jelas. Sekadar peringatan, anda tidak membuka ‘”Enterprise (lesen berniaga)”, tetapi membuka Perkongsian Liabiti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP) ataupun syarikat (Sendirian Berhad / Berhad). Ianya melibatkan komitmen dan bukanlah perkara yang kita boleh pandang ringan.

Terpaksa Tutup PLT

Akhir sekali, saya terpaksa mengambil keputusan dengan rakan kongsi saya untuk menutup PLT tersebut secepat mungkin sebelum dikenakan penalti sebanyak RM15,000. Saya bersyukur kerana PLT kedua saya diuruskan dengan seorang lagi rakan kongsi betul, yang mana laporan perniagaan, perakaunan tahunan PLT dan pembayaran cukai PLT dilakukan dengan betul.

Untuk proses menutupkan PLT pertama saya, sebagai pegawai pematuhan, saya bertanggungjawab untuk membuat winding up” atau penutupan PLT dari awal sehingga habis. Walaupun saya gagal pada awalnya untuk menguruskan entiti perniagaan dengan betul, namun pengalaman tersebut mengajar saya banyak perkara, salah satunya cara dan langkah untuk tutup PLT dengan betul.

Dokumen yang Diperlukan Bagi Proses Penutupan Syarikat PLT

Cara tutup PLT melalui portal MyLLP yang baru

Untuk pengetahuan, anda perlu menyediakan dokumen-dokumen di bawah sebelum memuat naik secara atas talian atau online melalui sistem MyLLP.

Dokumen-dokumen sokongan

  • Suatu Notis bertulis daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri yang menyatakan bahawa ia tiada bantahan terhadap Pendaftar untuk membuat perisytiharan pembubaran bagi perkongsian liabiliti terhad.
  • Suatu salinan notis yang dihantar kepada semua pekongsi di bawah Seksyen 50(4) (Notis kepada pekongsi-pekongsi + bukti penerimaan resit/ pos berdaftar);
  • Salinan-salinan penerbitan di dalam surat khabar (contoh : Iklan di dalam akhbar Bahasa Melayu & iklan di dalam akhbar Bahasa Inggeris); dan
  • Surat Akuan Berkanun di bawah Seksyen 50(3).

Proses pembubaran PLT ataupun “winding up LLP” ini perlu dilakukan secara atas talian. Cuma anda perlu uruskan kesemua dokumen-dokumen ini sebelum anda boleh membuat permohonan tersebut.

Mengikut pengalaman saya, prosesnya agak rumit dan ada ejen-ejen atau syarikat setiausaha syarikat yang menyediakan khidmat penutupan PLT untuk pemilik-pemilik PLT seperti anda.

Saya mengambil masa kira-kira dua bulan untuk melakukan semua ini pada asalnya tanpa bantuan dan panduan. Dua bulan saya habiskan masa untuk mencari maklumat, berhubung dengan pelbagai pihak sehingga tamat proses penutupan rasmi PLT saya. Ianya memerlukan komitmen, masa dan wang untuk diselesaikan dengan betul.

  • Uncategorized

Kos untuk Tutup PLT oleh Ejen

Saya agak terkejut bila mana ada agensi atau syarikat setiausaha yang mengenakan cas sehingga RM6000 untuk membuat proses penutupan PLT bagi pihak anda.

Bayaran sehingga RM6000 untuk proses penutupan PLT oleh agensi-agensi di luar sana

Dengan kos sebanyak RM6,000, saya percaya ramai yang sanggup membayarnya kerana tidak mahu dikenakan kompaun sebanyak RM15,000 oleh SSM. Apalah sangat RM6,000 berbanding denda RM15,000, kan? Dan rasanya RM6,000 itu berbaloi kerana bukannya mudah untuk menyelesaikan semua perkara di atas.

Buat Sendiri Proses Tutup PLT untuk Lebih Jimat

Sekiranya anda telah membuat keputusan untuk menutup PLT anda, anda ada dua pilihan, sama ada anda boleh:

  • mendapatkan khidmat berbayar dari agensi, agen mahupun setiausaha syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu. Cara ini lebih mudah dan pantas tanpa perlu memeningkan kepala. Bayar pada mereka, dan mereka uruskan semua proses “voluntary winding up LLP” ataupun pembubaran PLT anda. Cara ini sesuai sekiranya anda ada beberapa syarikat PLT yang hendak ditutup dan mempunyai modal yang besar, ataupun
  • membuat dengan sendiri atau “Do-it-Yourself” secara “step by step menggunakan ebook yang saya telah sediakan di bawah.

Dalam ebook ini, saya telah membukukan dan menyenaraikan langkah penting yang perlu anda ambil supaya anda boleh membuat dengan sendiri penutupan PLT anda. Berikut apa yang anda bakal dapat dalam ebook DIY “Do-it-Yourself” Panduan dan Langkah Bubar PLT Tanpa Agen:

  1. Senarai dokumen dan tindakan yang diperlukan
  2. Langkah-langkah (step by step) secara terperinci cara penyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  3. Nombor telefon dan email penting bagi proses komunikasi dengan pihak SSM dan akhbar-akhbar bagi tujuan notis penerbitan di surat khabar bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris
  4. Contoh (boleh muat turun) surat pembubaran, surat penyelesaian LHDN, iklan makluman di akhbar Bahasa Malaysia dan Inggeris, surat akaun dan sebagainya
  5. Lain-lain tips dan nasihat penting dalam proses ini
  • Uncategorized
Empat (4) kelebihan Ebook ini adalah seperti berikut:

Alhamdulillah, saya selesai tutup PLT saya dengan ebook ini. Tak susah akhirnya dan saya tak perlu bayar beribu-ribu untuk buat.

Azlan bin Kamaruddin

Kajang, Selangor

All Good! Saya dapat siapkan proses penutupan LLP saya dalam masa yang singkat. Saya hanya perlu follow step-by-step ebook ini sahaja.

Jason Lee

Ipoh, Perak

Saya pening pada asalnya cara untuk tutup PLT saya. Nasib baik saya dapatkan ebook ini. PLT sudah saya tutup, masalah semua saya dapat selesaikan. Terbaik!

Shanthesh Kumar

Kajang, Selangor

Ada sebarang soalan?

Klik butang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.

Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.

Produk & Perkhidmatan

auroraprimaplt@gmail.com

Diuruskan oleh Aurora Prima PLT

© 2024 Dibina oleh Easyleads.my

_

Ikuti MudahPLT.com

This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.

Accept
Decline