Saya telah menjalankan perniagaan dengan PLT saya ini sejak tahun 2019, dan sejak daripada itu saya tidak pernah mengisytiharkan atau declare sebarang cukai. Pada tahun 2022, saya dimaklumkan bahawa salah seorang rakan saya telah menerima notis kompaun atas kelalaian beliau untuk tidak membayar cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi perniagaan yang dijalankan melalui PLT beliau.
Dari 2019 ke 2021, saya tidak didedahkan berkenaan dengan perkara ini. Setahu saya, kita hanya perlu sediakan perakaunan tahunan dan menghantarnya kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) setiap tahun bersama yuran tahunan sebanyak RM200.
Hal ini menyebabkan saya keliru pada asalnya. Saya dimaklumkan bahawa saya tidak perlu membuat sebarang pengisytiharan cukai dan hanya memberi fokus kepada perakaunan tahunan dan annual declaration. Namun ternyata, saya telah tersalah faham, dan kerana takut dikenakan penalti sehingga RM20,000, saya cepat-cepat mendaftar nombor cukai pendapatan bagi PLT saya.
Sebelum saya mula berkongsi cara untuk mendaftar, adalah baiknya kalau kita ada pengetahuan ringkas berkenaan dengan perihal cukai LHDN bagi PLT. Bagi PLT, ia dikenakan cukai yang sama seperti Syarikat di mana pendapatan yang dikenakan cukai pada peringkat PLT adalah pada kadar cukai 24% secara amnya.
Bagaimanapun, PLT dengan sumbangan modal sebanyak RM2.5 juta atau kurang akan menikmati kadar cukai keutamaan 19% pada RM 500,000 yang pertama daripada pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Keuntungan yang dibayar, dikreditkan atau diagihkan kepada rakan kongsi di LLP dikecualikan daripada cukai.
PLT tidak dikehendaki menyediakan penyata kewangan yang diaudit oleh seorang juruaudit tetapi perlu menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain dengan teratur dan mencukupi untuk menunjukkan kedudukan kewangan sebenar.
Bagi tujuan cukai pendapatan, PLT diperlukan menyediakan rekod perakaunan lengkap yang mengandungi akaun keuntungan dan kerugian, kunci kira-kira dan nota penjelasan kepada akaun. Bagaimanapun, jika rekod perakaunan tidak disediakan mengikut format perakaunan biasa, PLT hendaklah menyimpan rekod berikut:
Pendaftaran nombor cukai pendapatan PLT boleh dilakukan secara atas talian dan dari rumah sepenuhnya. Anda juga boleh boleh hadirkan diri ke pejabat LHDN yang terdekat. Mereka akan bantu anda untuk gunakan sistem yang sama di komputer yang disediakan bagi proses pendaftaran. Namun dengan itu, di pejabat LDHN, anda perlu menunggu nombor giliran untuk menggunakan komputer dan agak tidak selesa untuk membuatnya dalam kesesakan orang ramai. Sebaiknya, anda lakukannya di rumah ataupun di pejabat anda sendiri.
Saya akan terangkan dengan ringkas langkah proses pendaftaran nombor cukai pendapatan PLT seperti di bawah:
Nampak seperti senang, tetapi anda perlu mengisinya dengan teliti dan terdapat beberapa perkara-perkara penting lain yang perlu anda lakukan dengan betul. Penulisan ini bertujuan untuk memberi anda idea proses-proses penting sebelum anda boleh melengkapkan pendaftaran nombor cukai PLT samada di pejabat LHDN atau kalau melalui komputer peribadi anda sendiri.
Untuk melakukan proses pendaftaran nombor percukaian PLT dengan sendiri, kosnya adalah dibawah RM100 (kos pembelian dokumen-dokuman daripada SSM). Jadi saya agak terkejut bila mana ada ejen cukai ataupun syarikat setiausaha yang mengenakan cas sehingga RM1,300 untuk membuat proses ini.
Berkenaan dengan perkara ini, anda mempunyai dua pilihan, sama ada anda boleh:
Dalam ebook ini, saya telah membukukan dan menyenaraikan langkah penting yang perlu anda ambil supaya anda boleh membuat dengan sendiri pendaftaran nombor cukai pendapatan PLT anda. Berikut apa yang anda bakal pelajari dalam ebook DIY “Do-it-Yourself” Panduan dan Langkah LHDN PLT Tanpa Agen:
Ada langkah "step by step" secara terperinci bagi setiap proses dan tindakan yang perlu diambil.
Daripada anda membazirkan beribu-ribu ringgit, anda boleh sendiri lakukan proses ini. Jadilah pengguna dan pengusaha perniagaan yang bijak.
Percaya atau tidak, saya hampir 10 kali mengulangi kesumua proses ini kerana kesilapan-kesilapan kecil dokumen dan prosedur. Jangan lakukan kesilapan seperti saya.
Untuk mendapatkan semua maklumat, saya telah membuat berbelas panggilan, ke sana dan ke sini (SSM dan LHDN). Jadi, jangan bazirkan tenaga anda seperti saya yang terdahulu
Saya telah berulang alik dari pejabat ke LHDN untuk mendapatkan maklumat. Saya telah membuang banyak masa. Selepas membaca Ebook ini, semuanya jelas dan saya akhirnya berjaya mendaftarkan nombor cukai PLT saya.
Shahreza bin Shahrir
Kuala Lumpur
Sebelum ini saya telah membayar beribu-ribu ringgit untuk PLT pertama saya dengan bantuan ejen cukai. Sekarang, saya boleh buat dengan sendiri dengan Ebook ini dan jimat beribu-ribu ringgit.
Han Ben Teh
Petaling Jaya, Selangor
Saya menggunakan Ebook MudahPLT untuk buka PLT saya. Saya guna Ebook ini pula untuk daftar nombor cukai PLT saya. Mudah dengan penjelasan yang jelas.
Viknesvaran Selvarajan
Johor Bahru, Johor
#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.
Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.
auroraprimaplt@gmail.com
Diuruskan oleh Aurora Prima PLT
© 2024 Dibina oleh Easyleads.my
_
This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.