Apakah Itu Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?

Kenapa PLT Merupakan Alternatif Terbaik Untuk Usahawanan Hari ini?

Pada tahun 2012, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah mewujudkan satu entiti perniagaan yang baru iaitu Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT). Ramai yang keliru tentang entiti perniagaan baru ini dari segi perbezaan dengan entiti perniagaan yang lain. Dalam artikel ini, saya akan berkongsi tentang isu yang sering menjadi persoalan berkaitan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Apakah PLT?

Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) adalah satu entiti perniagaan alternatif yang dikawal selia di bawah Akta Perkongsian Liabiliti Terhad 2012. PLT menggabungkan ciri-ciri sebuah syarikat (Sdn. Bhd. atau Berhad) dan perkongsian konvensional.

Apakah Tujuan Penubuhan PLT?

Struktur perniagaan PLT direka untuk semua tujuan perniagaan yang sah di sisi undang-undang bertujuan untuk mendapat keuntungan. Entiti ini sesuai untuk semua jenis perniagaan yang ingin menikmati ciri-ciri kelebihan pada syarikat. PLT, seperti entiti perniagaan lain iaitu hanya boleh ditubuhkan atas dasar tujuan perniagaan bukan atas tujuan kebajikan.

PLT juga fleksibal kerana ia boleh dibentuk oleh golongan profesional seperti Peguam, Akauntan Bertauliah dan Setiausaha Syarikat bagi tujuan menjalankan amalan profesional mereka.

Konsep PLT juga menyokong perniagaan baru dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) untuk mengembangkan perniagaan mereka tanpa perlu bimbang terhadap liabiliti dan aset peribadi serta keperluan pematuhan yang ketat.

Apakah Ciri-ciri Utama PLT?

Antara ciri-ciri utama yang perlu diketahui dalam PLT ialah:

  • Memberi perlindungan liabiliti kepada rakan-rakan kongsi sama seperti liabiliti terhad yang dinikmati oleh pemegang saham sesebuah syarikat. Ini bermaksud, apa-apa hutang dan obligasi PLT akan ditanggung dan dibayar daripada harta PLT tersebut dan bukan daripada harta rakan-rakan kongsinya.
  • PLT boleh membuat peraturan perniagaan dalaman hasil perbincangan dan persetujuan antara rakan-rakan kongsi seperti pada sesebuah perkongsian konvensional. Tiada keperluan mandatori untuk perjanjian perkongsian. Sekiranya tiada perjanjian maka peruntukan di bawah Jadual 2 Akta PLT akan terpakai secara automatik. PLT tidak seperti syarikat yang tertakluk kepada keperluan pematuhan yang lebih ketat.
  • PLT mempunyai status undang-undang perbadanan pertubuhan yang boleh menyaman dan disaman atas nama PLT itu sendiri. PLT juga boleh memiliki aset atas namanya dan melakukan semua perkara lain yang sah di sisi undang-undang atas namanya yang sama seperti sebuah perbadanan pertubuhan yang lain.
  • PLT juga menawarkan fleksibiliti dari segi penubuhan, penyelenggaraan dan penamatan.

Apa Yang Menarik dengan PLT?

Melihat ciri-ciri yang telah saya nyatakan di atas, terdapat pelbagai lagi sebab kenapa PLT kini menjadi pilihan ramai usahawan. PLT juga boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri dan tarikan yang dinamik agar dapat bersaing di peringkat domestik dan antarabangsa.

Berikut adalah antara sebab-sebab lain kenapa saya memilih untuk membuka PLT:

  • Kos pendaftaran dan pengurusan PLT adalah lebih murah berbanding pendaftaran dan pengurusan syarikat.
  • PLT tidak diwajibkan mempunyai “company secretary mahupun melantik accounting firm berbanding syarikat, sebaliknya PLT diwajibkan untuk melantik seorang “compliance officer”.
  • PLT tidak perlu mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) dan tidak akan didenda jika tidak melakukannya.
  • PLT tidah perlu membuat audit bagi akaun perniagaan.
  • Kadar cukai pendapatan yang perlu dibayar kepada LHDN adalah lebih rendah berbanding Enterprise.
  • Boleh ditukar bentuk kepada syarikat.

Perbezaan PLT dan Perkongsian Konvensional

PLT menawarkan liabiliti terhad kepada rakan kongsinya, di mana apa-apa hutang PLT akan ditanggung sepenuhnya oleh aset-aset PLT. Manakala perkongsian konvensional, rakan kongsi mempunyai tanggungan liabiliti secara bersama dan berasingan dengan firma perkongsian tersebut.

Perbezaan PLT dan syarikat

Bagi menjawab persoalan di atas, terdapat banyak perbezaan yang ketara antara PLT dan syarikat. Antaranya ialah:-

  • Tiada keluaran saham
    • Syarikat akan mengeluarkan saham yang perlu diisukan sebagai modal perniagaan.
    • PLT tidak mengeluarkan sebarang saham untuk modal perniagaan. Modal adalah dalam bentuk modal perkongsian oleh rakan kongsi.
  • Fleksibiliti membuat keputusan : 
    • Syarikat perlu mengikut prosedur atau keperluan formal seperti Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting) dalam membuat keputusan.
    • PLT tidak perlu mengikut keperluan formal seperti syarikat untuk membuat keputusan.
  • Tiada keperluan untuk menggemukan Penyata Kewangan kepada SSM :
    • Syarikat wajib untuk menggemukan Penyata Kewangan yang beraudit ke SSM. Kelewatan membolehkan syarikat dan pengarah-pengarah boleh dikenakan penalti.
    • PLT tidak perlu menghantar Penyata Kewangan kepada SSM dan tidak perlu membuat audit untuk penyata kewangan yang disediakan.

Perkongsian Yang Menjimatkan Masa dan Wang Berkenaan PLT

Di MudahPLT, saya ingin membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar. Berikut adalah artikel-artikel lain yang boleh anda bawa untuk menjayakan lagi perniagaan anda :

Kami juga telah membukukan beberapa Ebook yang boleh anda jadikan panduan untuk menguruskan PLT dengan lebih bijak. Segala langkah dan panduan yang disediakan adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan perniagaan saya. Berikut adalah Ebook yang disediakan dalam platform ini :

  • Uncategorized
  • Uncategorized

Ada sebarang soalan?

Klik butang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.

Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.

Produk & Perkhidmatan

auroraprimaplt@gmail.com

Diuruskan oleh Aurora Prima PLT

© 2024 Dibina oleh Easyleads.my

_

Ikuti MudahPLT.com

This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.

Accept
Decline