Bagaimana Untuk Bertukar Kepada Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?

Saya Bertukar Kepada PLT Sebab Banyak Faedah Berbanding Entreprise dan Sdn Bhd

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda bagaimana anda boleh membuat penukaran dari struktur dalam senarai di bawah kepada Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) dan faedah bagi proses penukaran ini.

  • Perkongsian konvensional
  • Syarikat persendirian
  • Daripada firma profesional konvensional kepada PLT untuk Amalan Profesional

Apakah Faedah Penukaran Kepada PLT?

Perkongsian konvensional sedia ada atau syarikat persendirian (Sdn Bhd) boleh menjalani penukaran kepada Perkongsian Liabiliti Terhad bagi menikmati beberapa faedah utama seperti di bawah:

  • Perlindungan liabilti terhad bagi rakan-rakan kongsi seperti mana faedah liabiliti terhad yang dinikmati oleh pemegang saham sesebuah syarikat.
  • Kurangnya keperluan pematuhan statutori & dan kurang kos pematuhan. Anda tidak perlu lagi memeningkan kepada dengan keperluan bagi akaun diaudit & Setiausaha Syarikat berkelayakan.
  • PLT mempunyai kewujudan undang-undang kekal.

Terdapat beberapa perkara penting yang anda perlu lakukan sekiranya anda ingin membuat penukaran perkongsian konvensional sedia ada atau syarikat swasta (Sdn Bhd) kepada Perkongsian Liabiliti Terhad. Berikut adalah langkah-langkah penting tersebut:

  1. Anda perlu menubuhkan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) yang baru dan membayar fi penukaran PLT sebanyak RM500.
  2. Kesemua aset serta liabiliti perkongsian/syarikat perlu dipindah kepada PLT yang baru didaftarkan.
  3. Perkongsian/syarikat perlu dibubarkan secara sah melalui proses teratur penghantaran kepada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  4. PLT baru anda siap dan sedia untuk memulakan operasi.

Apakah Kriteria Untuk Penukaran Kepada PLT?

Berikut adalah kriteria-kriteria yang perniagaan anda perlu penuhi bagi memudahkan proses penukaran kepada PLT:

Perkongsian Konvensional kepada PLT

  • Rakan-rakan kongsi yang sama kekal selepas penukaran
  • Perkongsian konvensional kini solven
  • Bagi penukaran melibatkan praktis profesional, surat kelulusan diperlukan daripada badan pentadbir.
  • Semua pemiutang bersetuju dengan penukaran.

Berikut adalah kriteria-kriteria yang perniagaan anda perlu penuhi bagi memudahkan proses penukaran kepada PLT:

Syarikat Sendirian Berhad kepada PLT

  • Pemegang saham yang sama kekal selepas penukaran.
  • Tiada kepentingan keselamatan yang wujud dalam asetnya.
  • Syarikat swasta adalah solven.
  • Semua yuran statutori tertunggak kepada agensi kerajaan telah diselesaikan.
  • Syarikat swasta telah meletakkan iklan di sekurang-kurangnya satu akhbar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan menerbitkan pemberitahuan dalam Warta tentang niatnya untuk menukar kepada perkongsian liabiliti terhad.
  • Semua pemiutang bersetuju dengan penukaran.

Apakah Maklumat Yang Diperlukan Dalam Proses Penukaran Kepada PLT?

Berikut adalah maklumat dan perkara yang perlu anda sediakan bagi memudahkan proses penukaran kepada PLT:

Perkongsian Konvensional kepada PLT

  • Nama dan nombor pendaftaran perkongsian konvensional.
  • Tarikh di mana perkongsian konvensional itu didaftarkan.
  • Rakan kongsi terdiri daripada orang yang sama.
  • Pada tarikh permohonan itu, perkongsian konvensional boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan.
  • Nama PLT yang dicadangkan.
  • Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan.
  • Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan.
  • Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT.
  • Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT.

Syarikat Persendirian kepada PLT kepada PLT

  • Nama dan nombor pendaftaran syarikat persendirian.
  • Tarikh syarikat persendirian itu diperbadankan.
  • Pada tarikh permohonan:
    • Syarikat boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan.
    • Semua fi statutori yang tertunggak atau apa-apa amaun yang terhutang kepada mana-mana agensi kerajaan telah dijelaskan.
  • Syarikat telah menyiarkan suatu iklan dalam sekurang-kurangnya satu surat khabar yang diedarkan secara meluas di Malaysia dan menerbitkan suatu pemberitahuan dalam Warta tentang niatnya untuk bertukar kepada PLT.
  • Semua pemiutangnya telah bersetuju dengan permohonan untuk bertukar kepada PLT.
  • Semua pemegang saham dan pemiutang bersetuju dengan pertukaran.
  • Nama PLT yang dicadangkan.
  • Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan.
  • Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan.
  • Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT.
  • Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT.
Firma profesional konvensional kepada PLT untuk Amalan Profesional
  • Nama dan nombor pendaftaran (jika ada) firma profesional konvensional itu.
  • Tarikh dimana firma profesional konvensional itu didaftarkan.
  • Bahawa pada tarikh permohonan, firma profesional konvensional boleh membayar hutangnya apabila hutang itu kena dibayar dalam perjalanan biasa perniagaan.
  • Surat kelulusan atau surat tiada bantahan dairpada badan kawal selia.
  • Nama PLT yang dicadangkan.
  • Jenis am perniagaan PLT yang dicadangkan.
  • Pejabat berdaftar PLT yang dicadangkan.
  • Nama dan butir-butir setiap orang yang akan menjadi pekongsi PLT.
  • Nama dan butir-butir pegawai-pegawai pematuhan PLT.

Apa Yang Berlaku Selepas Penukaran Kepada PLT?

Bagi anda yang ingin membuat penukaran, anda harus faham bahawa penukaran kepada PLT, bermakna pemindahan harta, kepentingan, hak, keistimewaan, liabiliti, kewajipan dan pengusahaan perkongsian konvensional/syarikat persendirian terdahulu kepada PLT yang baru.

Selepas penukaran, perkongsian konvensional atau syarikat persendirian dianggap dibubarkan. Berikut adalah penjelasan lanjut apa yang akan berlaku:

 

  1. Aset : Semua aset yang dahulu dipegang perkongsian konvensional/Sdn Bhd akan dipindahkan kepada PLT.
  2. Prosiding tergantung : Semua prosiding tergantung masih boleh diteruskan, diselesai dan dikuatkuasakan ke atas atau oleh PLT.
  3. Perjanjian/Kontrak Sedia ada : Perjanjian/kontrak sedia ada dan sebagainya, termasuk kontrak pekerjaan masih berkuatkuasa seolah-olah PLT adalah pihak berkenaan.
  4. Liabiliti & Kewajipan : Rakan-rakan kongsi dalam perkongsian konvensional atau Sdn Bhd masih terus menanggung tanggungjawab (secara bersama atau berasingan dengan PLT) bagi liabiliti dan obligasi yang dikenakan sebelum penukaran.
  5. Permit atau Lesen – PLT yang melalui proses penukaran perlu memohon semula kelulusan, permit atau lesen yang dikeluarkan di bawah undang-undang bertulis kepada perkongsian konvensional atau syarikat swasta yang berkuatkuasa serta-merta sebelum tarikh pendaftaran PLT.

Perkongsian Yang Menjimatkan Masa dan Wang Berkenaan PLT

Di MudahPLT, saya ingin membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar. Berikut adalah artikel-artikel lain yang boleh anda baca untuk menjayakan lagi perniagaan anda :

Saya juga telah membukukan beberapa Ebook yang boleh anda jadikan panduan untuk menguruskan PLT dengan lebih bijak. Segala langkah dan panduan yang disediakan adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan perniagaan saya. Berikut adalah Ebook yang disediakan dalam platform ini :

  • Uncategorized
  • Uncategorized

Ada sebarang soalan?

Klik butang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.

Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.

Produk & Perkhidmatan

auroraprimaplt@gmail.com

Diuruskan oleh Aurora Prima PLT

© 2024 Dibina oleh Easyleads.my

_

Ikuti MudahPLT.com

This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.

Accept
Decline