Bagaimanakah Cara Buat Perakaunan Tahunan Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?

Selepas Dapat Notis Kompaun RM15,000, Baru Saya Panik Buat Perakaunan Tahunan

Saya telah memulakan semula perniagaan saya pada 2019, selepas gagal dan terpaksa menutup salah sebuah PLT saya pada 2016. Jadi, disebabkan pengalaman saya sendiri membuka Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT), saya ingin berkongsi bagaimana saya menyediakan Perakaunan Tahunan saya selepas mendapat emel daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 2019.

Tahun 2020 merupakan salah satu tahun yang mana saya sedar bahawa kegagalan untuk mengurus PLT dengan betul boleh menjejaskan kewangan dan juga kestabilan sesebuah perniagaan. 

Perakaunan PLT tidak diuruskan dengan betul dan terabai

Sememangnya tidak mudah untuk mengurus sesebuah entiti perniagaan. Jadi, saya telah mengambil mudah dan tidak mengurusnya dengan betul. Selepas tiga tahun tidak menjalankan sebarang aktiviti perniagaan dan tidak menghantar sebarang laporan kewangan, saya telah mendapat emel rasmi (kompaun dan penalti) daripada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). SSM telah menghantar notis pembayaran sebanyak RM15,000.

Pada masa tersebut, saya tidak mempunyai sebarang ilmu berkenaan dengan cara untuk menyediakan laporan kewangan dan perakaunan tahunan, membuka sebuah PLT tanpa sebarang aktiviti komersial. Selepas mendapat notis tersebut, saya panik kerana membayangkan RM15,000 yang perlu dibayar kerana kecuaian dan ketidakseriusan saya dalam hal-hal pengurusan perniagaan.

Ini nasihat saya untuk anda yang membaca : Jangan sewenang-wenang buka syarikat atau entiti perniagaan jika anda tiada perancangan ataupun objektif jelas. Sekadar peringatan, anda tidak membuka ‘”Enterprise (lesen berniaga)”, tetapi membuka Perkongsian Liabiti Terhad (PLT) / Limited Liability Partnership (LLP) ataupun syarikat (Sendirian Berhad / Berhad). Ianya melibatkan komitmen dan bukanlah perkara yang kita boleh pandang ringan.

Masa dan tenaga banyak dihabiskan untuk belajar cara membuat perakaunan tahunan dengan betul

Akibat kecuaian saya dalam perniagaan yang lalu, saya telah memasuki ke dalam mod panik dan resah memikirkan bayaran RM15,000 yang perlu saya bayar sekiranya gagal untuk menyerahsimpan Perakaunan Tahunan PLT saya bagi tahun-tahun terdahulu.

Saya telah menghabiskan masa dan tenaga pada awalnya kerana memikirkan tidak mahu untuk mengeluarkan wang untuk penyediaan dokumen tersebut. Namun saya silap, kerana dokumen yang telah saya sediakan tidak menepati apa yang telah diminta oleh pihak SSM.

Perakaunan dan penyimpanan rekod kira-kira PLT

Apabila kita menjalankan perniagaan, kita memerlukan sistem yang teratur untuk mengesan semua pertukaran, urus niaga, dan perbelanjaan dalam perniagaan. Perakaunan dan penyimpanan buku kira-kira telah wujud sejak sekian lama sejak manusia memulakan aktiviti dalam perdagangan dan perniagaan. 

Dengan terdaftarnya PLT anda, anda mempunyai obligasi berterusan PLT termasuk pendaftaran bagi perubahan, penyimpanan rekod akaun, pengisytiharan tahunan kepada SSM dan perkara pematuhan berkanun lain.

Penyimpanan Rekod Perakaunan

  • PLT hendaklah menyimpan rekod perakaunan dan rekod lain sepertinya yang akan menjelaskan transaksi dan kedudukan kewangan PLT dan membolehkan akaun untung rugi dan menyediakan kunci kira-kira dari semasa ke semasa yang memberikan pandangan tepat dan saksama mengenai keadaan urusan PLT.
  • PLT hendaklah mengekalkan rekod perakaunan dan rekod lain seperti di atas untuk tempoh tidak kurang daripada tujuh tahun dari tamat tahun kewangan di mana urus niaga atau operasi yang berkaitan dengan rekod itu selesai.

Dokumen Penyimpanan Rekod Perakaunan

Sebagai sebuah entiti perniagaan yang sah, berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu anda sediakan bagi tujuan perakaunan tahunan PLT anda:

  • Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) : Juga dirujuk sebagai penyata kedudukan atau keadaan kewangan, ia melaporkan aset, liabiliti, dan equiti pemilik syarikat pada sesuatu masa.
  • Penyata pendapatan (Profit and Lost – P&L) : Juga dirujuk sebagai Penyata Untung Rugi, ia melaporkan pendapatan, belanja, dan untung pada sesuatu tempoh perakaunan. Ini termasuk jualan dan pelbagai belanja yang dikenakan sewaktu pemprosesan.

Proses pengisytiharan tahunan PLT kepada SSM

Tempoh Pengisytiharaan Tahunan PLT

Sebagai sebuah PLT, anda perlu memastikan laporan dibuat kepada SSM secara tahunan dalam tempoh sembilan puluh hari (90) dari hujung tahun kewangan PLT. Berikut adalah perkara-perkara penting yang anda perlu lakukan dalam proses ini:

  • Pengisytiharan boleh dibuat oleh mana-mana dari dua rakan kongsi menyatakan bahawa PLT anda mampu atau tidak mampu membayar hutangnya ketika ia perlu dilunaskan dalam tempoh normal perniagaan dan pengisytiharan perlu disertakan bersama dengan lain-lain butiran yang mungkin diperlukan pihak SSM.
  • Bagi pengisytiharan tahunan pertama, ia perlu dibuat tidak lewat dari lapan belas (18) bulan dari pendaftaran PLT atau sembilan pulih (90) hari dari tamatnya tahun kewangan, yang mana lebih dahulu.
  • Sekiranya PLT anda gagal membuat Pengisytiharan Tahunan dalam tempoh tersebut dan tempoh lanjutan diberikan oleh Pendaftar, anda telah melakukan kesalahan dan jika disabit, akan dikenakan denda tidak melebihi RM20,000 dan denda seterusnya tidak melebihi RM500 bagi setiap hari kesalahan terus dilakukan selepas sabitan.

Lanjutan Penghantaran Pengisytiharan Tahunan kepada SSM

Sekiranya anda tidak dapat menyediakan Pengisytiharaan Tahunan PLT anda dalam masa yang telah ditetapkan, permohonan tempoh lanjutan perlu dibuat selepas tamat tahun kewangan dan sekurang-kurangnya tiga puluh (30) hari selepas tarikh penghantaran pengiytiharan tahunan dengan bayaran yuran.

Alasan yang boleh dipertimbangkan oleh Pendaftar bagi memberi lanjutan adalah seperti berikut:

  • Kematian rakan kongsi/pegawai pematuhan (disokong sijil kematian).
  • Bencana alam seperti kebakaran, banjir dsb yang memusnahkan rekod dan dokumen PLT (disokong laporan polis).
  • Kecurian (disokong dengan laporan polis).
  • PLT sedang disiasat di mana buku akaun dan rekod telah diambil dan dalam pegangan SSM dan pihak-pihak Berkuasa lain (disokong dokumen relevan/surat dari Pihak Berkuasa berkaitan).
  • PLT terlibat dalam kes mahkamah (disokong oleh dokumen relevan).
  • Lain-lain alasan yang difikirkan munasabah oleh SSM bagi tempoh lanjutan.
  • Uncategorized

Kos Perakaunan dan Pengishtiharan Tahunan PLT

Membaca semua yang telah dikongsi di atas mungkin sudah mula memeningkan anda. Sebetulnya, saya seperti anda pada asalanya kerana saya tidak mengambil kira kepentingan perakaunan dalam aktiviti perniagaan saya sebelum ini. Untuk melakukan perakaunan PLT anda, agensi atau syarikat setiausaha ada mengenakan cas sehingga RM1,500 ke RM2,000 untuk membuat proses ini.

Buat Sendiri Perakaunan dan Pengisytiharan Tahunan untuk Lebih Jimat

Anda ada dua pilihan, sama ada anda boleh:

  • mendapatkan khidmat berbayar dari agensi, agen mahupun setiausaha syarikat yang menyediakan perkhidmatan itu. Cara ini lebih mudah dan pantas tanpa perlu memeningkan kepala. Bayar pada mereka, dan mereka uruskan semua proses “accounting” PLT anda. Cara ini sesuai sekiranya anda ada beberapa PLT yang hendak diuruskan dan mempunyai modal yang besar, ataupun
  • membuat dengan sendiri atau “Do-it-Yourself” secara “step by step menggunakan ebook yang saya telah sediakan di bawah.

Dalam ebook ini, saya telah membukukan dan menyenaraikan langkah penting yang perlu anda ambil supaya anda boleh membuat dengan sendiri perakaunan dan pengisytiharan tahunan PLT anda. Berikut apa yang anda bakal dapat dalam ebook DIY “Do-it-Yourself” Panduan dan Langkah Perakaunan Tahunan PLT Tanpa Agen:

  1. Senarai dokumen dan tindakan yang diperlukan
  2. Langkah-langkah (step by step) secara terperinci cara penyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  3. Nombor telefon dan email penting bagi proses komunikasi dengan pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia 
  4. Proses penghantaran dan pengistiharan tahunan PLT
  5. Contoh (boleh muat turun) Kunci Kira-Kira (Balance Sheet) dan Penyata pendapatan (Profit and Lost – P&L) sebagai rujukan.
  6. Lain-lain tips dan nasihat penting dalam proses ini
  • Uncategorized
Empat (4) kelebihan Ebook ini adalah seperti berikut:

Saya dahulu kabur cara nak buat akaun PLT. Saya juga tak pasti cara untuk hantar maklumat dekat SSM. Alhamdulillah, sekarang saya boleh buat sendiri dan tak perlu kelaurkan lagi beribu-ribu ringgit.

Huzaifah bin Jazlan

Kuantan, Pahang

Straight Forward! Saya hanya perlu follow step-by-step ebook ini sahaja. Sekarang saya lebih yakin dengan perniagaan saya.

Jenice Poh

Georgetown, Pulau Pinang

Ikut sahaja langkah-langkah yang disediakan. Saya dah boleh akaun PLT saya dengan sendiri. Tak perlu cari ejen lagi.

Vicknesh Kumar

Kajang, Selangor

Ada sebarang soalan?

Klik butang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.

Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.

Produk & Perkhidmatan

auroraprimaplt@gmail.com

Diuruskan oleh Aurora Prima PLT

© 2024 Dibina oleh Easyleads.my

_

Ikuti MudahPLT.com

This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.

Accept
Decline