Bagaimana Untuk Membuat Perubahan Maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?

Saya Perlu Kemaskini Maklumat PLT Secepat Mungkin Untuk Bisnes Baru

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi dengan anda cara-cara bagaimana anda boleh mengemaskini maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) anda. Bagi mereka yang tidak tahu, anda boleh lakukan semuanya atas talian dan dari rumah sepenuhnya. Anda juga boleh hadirkan diri ke pejabat Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang terdekat. Mereka akan bantu anda untuk menggunakan sistem yang sama di komputer yang disediakan bagi proses ini. Namun dengan itu, di pejabat SSM, anda perlu menunggu nombor giliran untuk menggunakan komputer dan agak tidak selesa untuk membuatnya dalam kesesakan orang ramai. Sebaiknya, anda lakukannya di rumah ataupun di pejabat anda sendiri.

Langkah Untuk Mengemaskini Maklumat PLT Anda

Cara Mengubah Maklumat PLT

Proses ini hanya boleh dilakukan oleh Pegawai Pematuhan PLT anda saya. Sekarang, saya akan terangkan dengan ringkas langkah  dan proses mengubah maklumat PLT seperti di bawah:

  1. Lawati portal MyLLP dan klik “Post Registration“?
  2. Kemudian pilih “Change o f Particular“.
  3. Masukkan nombor pendaftaran PLT anda dan buat carian. Kemudian, pilih nama PLT anda untuk memulakan proses mengemaskini.
  4. Berikut perubahan yang anda boleh buat :
    • Perubahan alamat berdaftar.
    • Perubahan alamat perniagaan.
    • Perubahan jenis perniagaan.
    • Perubahan maklumat pekongsi dan pegawai pematuhan.
  5. Dalam laman, sahkan permohonan anda.
  6. Lakukan bayaran RM30 dan hantar permohonan.
  7. Permohonan akan disemak dan jika tiada sebarang masalah, permohonan anda akan diluluskan dalam masa beberapa hari. Anda akan menerima email setelah permohonan diluluskan.
Cara Mengubah Maklumat PLT

Perkongsian Yang Menjimatkan Masa dan Wang Berkenaan PLT

Di MudahPLT, saya ingin membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar. Berikut adalah artikel-artikel lain yang boleh anda baca untuk menjayakan lagi perniagaan anda :

Saya juga telah membukukan beberapa Ebook yang boleh anda jadikan panduan untuk menguruskan PLT dengan lebih bijak. Segala langkah dan panduan yang disediakan adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan perniagaan saya. Berikut adalah Ebook yang disediakan dalam platform ini :

  • Uncategorized
  • Uncategorized

Ada sebarang soalan?

Klik butang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.

Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.

Produk & Perkhidmatan

auroraprimaplt@gmail.com

Diuruskan oleh Aurora Prima PLT

© 2024 Dibina oleh Easyleads.my

_

Ikuti MudahPLT.com

This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.

Accept
Decline