Bagaimana Untuk Mendapatkan Profil & Sijil Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) ?

Untuk Pengurusan Yang Sistematik, Saya Dapatkan 6 Dokumen PLT daripada SSM

Dalam artikel ini, saya akan berkongsi kenapa dan bagaimana anda boleh mendapatkan dokumen-dokumen penting berkenaan dengan maklumat Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) anda. Terdapat enam dokumen yang anda boleh dapatkan daripada portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) seperti berikut:

  • Profil PLT.
  • Sijil Pendaftaran PLT.
  • Sijil Pertukaran Nama PLT.
  • Penglibatan Peribadi Pekongsi & Pegawai Pematuhan.
  • Salinan Imej Dokumen Berkanun PLT.
  • Perakuan Keutuhan Perkongsian Liabiliti Terhad (ALLPGS).

Dapatkan Dokumen-Dokumen Daripada SSM

Untuk mendapatkan dokumen-dokumen ini, anda perlu ke portal XCESS SSM (https://xcess.ssm4u.com.my). Untuk makluman, portal XCESS adalah platform yang disediakan oleh SSM untuk penjualan produk atau maklumat bagi Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Profil PLT (Fi bayaran RM20)

  • Dokumen ini  mengandungi maklumat asas PLT (seperti nama PLT, nombor pendaftaran PLT, jenis pendaftaran PLT & tarikh pendaftaran PLT), status PLT, tarikh pengisytiharan, alamat pejabat berdaftar, alamat perniagaan, maklumat rakan kongsi, pegawai pematuhan, jenis perniagaan yang dijalankan dan butiran perhubungan (e-mel).

Sijil Pendaftaran PLT (Fi bayaran RM20)

  • Notis perakuan pendaftaran LLP akan dikeluarkan kepada pelanggan selepas pendaftaran telah dibuat. Bagaimanapun, sijil pendaftaran PLT boleh dibekalkan sekiranya anda ada permohonan.

Sijil Pertukaran Nama PLT (Fi bayaran RM20)

  • Sijil pertukaran nama Perkongsian Liabiliti Terhad  (PLT) dikeluarkan kepada anda selepas pertukaran nama PLT berjaya dilakukan.

Penglibatan Peribadi Pekongsi & Pegawai Pematuhan (Fi bayaran RM100)

  • Dokumen ini mempunyai maklumat berkaitan Penglibatan Peribadi Pekongsi dan Pegawai Pematuhan PLT. Carian boleh dibuat dengan menggunakan nombor kad pengenalan, nombor pasport, ID Polis atau ID Askar.

Salinan Imej Dokumen Berkanun PLT (Fi bayaran RM15)

  • Salinan imej dokumen berkanun PLT adalah sebuah borang yang diserahsimpan oleh sesebuah PLT.

Perakuan Keutuhan Perkongsian Liabiliti Terhad – ALLPGS (Fi bayaran RM50)

  • Ianya merupakan satu dokumen pengesahan yang dikeluarkan oleh SSM bagi mengesahkan kewujudan sesebuah PLT dan mengesahkan PLT tersebut telah memenuhi keperluan serah simpan berkanun. Berikut merupakan kriteria terhadap pengeluaran ALLPGS kepada sesebuah PLT:
    • PLT telah ditubuhkan sekurang-kurangnya 18 bulan daripada tarikh permohonan ALLPGS.
    • PLT telah menyerahsimpan perakuan tahunan yang terkini.
    • PLTberstatus ‘existing‘ dan bukan dalam proses penggulungan atau pembatalan nama PLT atau pembubaran.
    • PLT mempunyai alamat berdaftar.
    • PLT atau pekongsi PLT tidak mempunyai kompaun tertunggak dengan SSM.
    • PLT atau pekongsi PLT tidak mempunyai sebarang kes pendakwaan tertunggak dengan SSM.

Perkongsian Yang Menjimatkan Masa dan Wang Berkenaan PLT

Di MudahPLT, saya ingin membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar. Berikut adalah artikel-artikel lain yang boleh anda baca untuk menjayakan lagi perniagaan anda :

Saya juga telah membukukan beberapa Ebook yang boleh anda jadikan panduan untuk menguruskan PLT dengan lebih bijak. Segala langkah dan panduan yang disediakan adalah berdasarkan pengalaman saya dan rakan-rakan perniagaan saya. Berikut adalah Ebook yang disediakan dalam platform ini :

  • Uncategorized
  • Uncategorized

Ada sebarang soalan?

Klik butang di bawah dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.

#MudahPLT ialah sebuah platform penting yang membantu dan membimbing para usahawan di Malaysia yang ingin menceburi bidang perniagaan melalui struktur Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT) sama ada secara kecil atau besar.

Seperti kata pepatah, sedikit-sedikit, lama-kelamaan menjadi bukit.

Produk & Perkhidmatan

auroraprimaplt@gmail.com

Diuruskan oleh Aurora Prima PLT

© 2024 Dibina oleh Easyleads.my

_

Ikuti MudahPLT.com

This website uses cookies to provide you with the best browsing experience.

Accept
Decline